Saturday, April 25, 2009

KAJIAN TINDAKAN

MINGGU 1 (20 APRIL 2009)

Definisi

Kajian tindakan atau action research ialah kajian yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu hasil atau jawapan terhadap sesuatu perkara atau permasalahan mengikut aspek-aspek tertentu. Kajian atau penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Kajian tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.

Antara faedah-faedah yang diperolehi dengan melaksanakan kajian tindakan ialah:

Ø Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

Ø Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Ø Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat membuat penambahbaikan terhadap amalan sendiri.

Ø Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas membuat sebarang perancangan untuk tindakan

Proses atau langkah-langkah untuk menjalankan kajian tindakan ialah:

a) Kenalpasti masalah
b) Membuat kajian kepustakaan
c) Menentukan pendekatan kajian
d) Melaporkan kajian
e) Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
f) Mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi


JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

1) INDIVIDU-Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu atau masalah di dalam kelas

2) KOLABORATIF- Melibatkan lebih daripada dua orang, contohnya guru bekerjasama dengan guru yang lain dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek dan kerjasama guru dengan pihak luar. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH-Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat sekolah.

4) DAERAH- Guru bekerjasama dalam satu organisasi yang melibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat daerah.

Contoh kajian tindakan:

Guru ingin mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam bahagian akhlak. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan memberikan soalan yang berkaitan dengan akhlak untuk dibincangkan oleh pelajar dalam kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat akan diberikan soalan yang lebih mudah supaya mudah untuk mereka faham. Kemudian guru membuat refleksi sama ada langkah tersebut berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan, guru perlu mengulangi proses-proses tersebut dengan membuat penambahbaikan dan menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami.