Thursday, June 18, 2009

9 JUN 2009 (KULIAH UNTUK MINGGU KESEPULUH)

ANALISIS DATA

· Analisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan atau menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
· Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
· Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan membuat anggaran.

Langkah Analisis Data Kualitatif

Langkah Pertama
· Tengok secara lalu maklum balas (catat temu bual, transcribe, jangan hilangkan banyak maklumat)
· Ambil nota atas tema yang muncul, isu atau fakta yang didengar.
· Cari item yang penting atau berulang-ulang.

Langkah Kedua
· Pilih 3 atau 4 tema atau kategori yang muncul dan bina matriks
· Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema-tema utama.
· Tempatkan tema atau kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya.
· Kamu mungkin guna warns kod untuk setiap kategori yang berlainan.

Langkah Ketiga
· Jika boleh bincang tinjauan dengan pendidik lain
· Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang dikenal pasti.
· Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

Langkah Keempat
· Tanya (apa yang telah saya dapat)
· Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks sama ada pola konsep atau pola sikap
· Tulis atau rekodkan pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
· Contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak).
Takut sentiasa disebut beberapa kali
· Sokong bacaan dengan jurnal

Langkah Kelima
· Apa kesimpulan yang boleh kita buat.
· Rekod kesimpulan sama ada bawah matriks atau kertas yang berlainan (termasuk tersurat dan tersirat)

Langkah Keenam
· Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
. Tinjauan (soal selidik lain, temu bual, penilaian)
. Semak semua persoalan kajian
. Bina modul atau aktiviti.
. Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
. Apakah maklumat yang masih diperlukan:
* atas pelajar
* atas kaedah
* maklumat latar belakang untuk tajuk ini.

8 JUN 2009 (MINGGU KELAPAN)

Aktiviti yang dijalankan dalam kuliah minggu ini ialah sambungan pembentangan proposal oleh beberapa kumpulan lagi yang dipilih secara rawak oleh pensyarah.

Aktiviti seterusnya ialah kuiz.

1 JUN 2009 (MINGGU KETUJUH)

Aktiviti yang dijalankan dalam kuliah minggu ini ialah pembentangan proposal oleh beberapa kumpulan yang telah dipilih secara rawak.
Aktiviti yang seterusnya ialah refleksi pelajar terhadap subjek Kajian Tindakan iaitu pengetahuan pelajar tentang subjek ini sebelum diajar dan selepas diberi kuliah. Pelajar dikehendaki menulis refleksi tersebut dan menghantarnya kepada pensyarah minggu tersebut.

29 MEI 2009 (KULIAH UNTUK MINGGU KESEMBILAN)

PENGUMPULAN DATA

Pengenalan
· Pelbagai teknik untuk kumpul data.
· Walaupun pelbagai teknik yang baik tetapi tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.
· Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ia dilakukan dengan sempurna
· Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan
perlu dipelajari dengan gigih.

3 Sebab Perlu Capai Kualiti Tinggi
· Tanggungjawab kepada pelajar
· Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
· Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah
ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria Kualiti

* sama dengan kriteria penyelidikan lain

* 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.

* kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.

Kesahan

- merujuk kepada kebenaran kata

- dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan

- berkaitan dengan ketepatan data

- masalah kepercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

- sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan kita perlu tanya:

* adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?

* bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 tahap penyelidikan data:

Tahap 1: mengenalpasti masalah

Tahap 2: perancangan tindakan

Tahap 3: mengumpul data

Tahap 4: analisis data

Tahap 5: perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data:

- Apakah jenisdata kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian?

- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspketif?

Alat Pengumpulan Data:

- Pemerhatian (video tape)

- Nota guru dan komen

- Kerja pelajar

- Refleksi pelajar dan kerja pelajar

- Jurnal pelajar

- Ujian

- Tinjauan Soal Selidik

- Temuduga (Audio Tape)

Tugasan:

Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya dibahagian pengumpulan data.

25 MEI 2009 (MINGGU KEENAM)

Apakah tugas guru atau pendidik?
- Berkongsi ilmu.

Aktiviti yang dijalankan dalam kuliah minggu ini ialah para pelajar disuruh melukis pokok mengikut kreativiti masing-masing. Maksud yang tersirat di sebalik lukisan pokok itu ialah melambangkan peribadi individu yang melukisnya.

Dalam kuliah minggu ini juga membincangkan tentang pembentangan-pembentangan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Serantau.

Tugasan:
Menyiapkan proposal kajian tindakan mengikut kumpulan.
Tajuk yang telah dipilih ialah “Meningkatkan Tahap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Konteks Perbendaharaan Kata dan Penggunaannya Melalui Permainan Sahibba.”

MINGGU KELIMA (18 MAY 2009)

Pada 18 Mei hingga 21 Mei 2009, telah berlangsung Seminar Pendidikan Serantau Ke-4 dan Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara. Seminar ini adalah anjuran Fakulti Pendidikan,UKM dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau, Indonesia (UNRI) dan telah berlangsung di Klana Resort Seremban. Tema bagi seminar ini ialah " Ke Arah Keunggulan Universiti Penyelidikan."

Dalam seminar ini, kami dikehendaki menulis laporan analisis kertas kerja seminar yang telah dibentangkan oleh penyelidik/pensyarah dari beberapa buah IPT tempatan dan dari Nusantara antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universitas Riau, Universitas Negeri Padang, Universiti Darul Iman, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Universitas Medan, Universiti Khartoum, Sudan dan beberapa buah Institut Perguruan.

Banyak manfaat yang diperolehi dari seminar ini terutamanya berhubung dengan kajian tindakan.

Sunday, May 17, 2009

TUGASAN 2


ULASAN ARTIKEL JURNAL




Tajuk-tajuk jurnal:

1. Using Action Research To Open The Door To Life-Long Professional Learning- Wendy Auger & Ron Wideman

2. Action-research and the Production of Knowledge in a Teacher Education based on Inter/Multicultural Education - Stephen R. Stoer & Luiza Cortesao

3. Action Research: A Viable Option for Effecting Change
Ulasan:
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jurnal di atas adalah hasil penyelidikan secara kolaboratif. Jurnal yang pertama iaitu Using Action Research To Open The Door To Life-Long Professional Learning dan jurnal ketiga iaitu Action Research : A viable option for effecting change menggunakan model kitaran Kurt Lewin dalam kajiannya. Ketiga-tiga jurnal ini menggunakan institusi pengajian sebagai seting kajian. Manakala sampelnya pula terdiri daripada pelajar, guru dan bakal guru.
Ketiga-tiga jurnal ini mempunyai persamaan dari segi tujuan kajian dijalankan iaitu mahukan perubahan dalam pendidikan dari segi strategi pengajaran dan struktur pengajaran. Selain itu, dapatan-dapatan kajian juga diterangkan dengan jelas dalam ketiga-tiga jurnal ini.

Tuesday, May 12, 2009

MINGGU 4 (11 MAY 2009)

KAJIAN KEPUSTAKAAN

- Sorotan ke atas bahan-bahan literatur:
>> buku
>> jurnal
>> artikel seminar
>> laporan

- Dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting yang dikemukakan.

- Memerlukan kemahiran:

1. Membanding dan Membezakan
  • mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
  • kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemahiran dan membuat pilihan atau keputusan.
  • langkah penggunaan:
  1. perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau lebih beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosuder, pengumpulan dan penganalisisan data)
  2. kenal pasti ciri kajian tindakan itu.

2. Menganalisis

- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahgaian dan mengenali prinsip yang terlibat.

- Merupakan suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

3. Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.

4. Membuat Kesimpulan

- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.

5. Mensintesis

- Menggabungkan idea-idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.

Sunday, May 10, 2009

MINGGU 3 (4 MAY 2009)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

· Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
· Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan:
§ Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian.
§ Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jelas berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.
Ø Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik bukan statik.
Ø Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan – mesti berubah.

JENIS PERUBAHAN

Terdapat 4 jenis perubahan:

1) Perubahan ke arah peningkatan
> Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti:
Ø Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
Ø Memperkenalkan teknologi baru
Ø Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen dan produktiviti staf.

2) Perubahan strategik organisasi
(organisasi berubah kerana persekitaran berubah)
- Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
>Mendefinisikan semula peranan organisasi

> Perubahan nilai teras organisasi
> Pembentukan semula misi
> Perubahan struktur dan strategi organisasi
> Mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3) Perubahan reaktif
- Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak

berkepentingan (stakeholders).
- Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan
organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosuder dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4) Perubahan akibat daripada jangkaan
- Antara sebab perubahan ini berlaku adalah:
> Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
> Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas pelanggan
> Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
> Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
> Perubahan dalam trend tenaga kerja

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Ø Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.
Evolusi : perubahan yang menghasilkan kesan sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
Revolusi: perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.
Ø Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

PERUBAHAN ADALAH MULTIDIMENSI

Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1. Tujuan perubahan
- Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.
- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap

sesuatu keadaan atau sistem
- Perubahan dalam satu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:
i. Perubahan peringkat pertama (first order change)
o Perubahan yang dibuat adalah untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
o Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem

tanpa mengubahnya
ii Perubahan peringkat kedua (second order change)
o Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu seperti matlamat, kedudukan

dan corak perhubungan sistem tersebut

2. Unit perubahan
- Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
- Unit-unit perubahan terdiri daripada:
i) Individu
ii) Kumpulan / pasukan
iii) Jabatan
iv) Organisasi
v) Sistem organisasi (cth: PPD –JPN- KPM)
vi) Komuniti
- Dalam mengimplimentasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit

yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar)

3. Sifat perubahan
- Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar

(peringkat organisasi) perlukan perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat
individu)
- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah

laku atau kedua-duanya sekali


4. Magnitud perubahan
- Merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
- Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar

sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak
besar.
- Perubahan dalam skala yang besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar

diimplementasikan manakala perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah
diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

5. Skop perubahan
- Skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat

ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6. Jangka masa perubahan
-Perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir

dalam tempoh 10 hingga 15 tahun – setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti
dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER
- Proses inovasi bermula apabila masalah / keperluan telah dikenal pasti.
- Masalah / keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja
makmal / jangkaan pembangunan akan datang.
- Apabila masalah / keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat
permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen
dan ciptaan yang banyak dan seterusnya menghasilkan inovasi.

2. MODEL KANTER
- Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan
kepada beberapa tugas utama iaitu:
o Penjanaan idea
o Membina idea
o Realisasi idea
o Pemindahan idea

3. MODEL RAND
- Tujuan utama ialah untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan / menghalang
perubahan pendidikan.
- Ia memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.
- Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
o Daya usaha
o Implementasi
o Penggabungan

4. MODEL ACOT
- Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow, Kajian penggunaan komputer di bilik
darjah.
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam P&P telah
berkembang secara beransur-ansur.
- Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P
i. Kemasukan (Entry)
ii. Memilih (Adoption)
iii. Menyesuaikan (Adaption)
iv. Penggunaan (Appropriation)
v. Mereka cipta (Invention)


AKTIVITI KUMPULAN:

8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN DAN BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA.

8 sebab:

1. Berbeza pendapat dan sukar menerima pandangan orang lain.
2. Perubahan adalah kompleks
3. Menyebabkan ketidakpastian
4. Rasa tidak selamat.
5. Berfikiran sempit
6. Takut dengan cabaran
7. Perubahan berbeza dengan rutin harian, nilai dan adat
8. Menyebabkan keliru dalam membuat pilihan.

Cara penyelesaian:
1. Mesti bersikap tolak ansur dan bersedia mendengar dan menerima pandangan orang lain.
2. Membuka minda dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
3. Berani menghadapi cabaran dan menerima risiko akibat perubahan.

Saturday, May 9, 2009

ULASAN BUKU







Tajuk buku:Action research and Organizational Change



Nama pengarang: Peter A.Clark.



Tahun terbitan: 1972



Negeri penerbit : London.



Penerbit:Harper & Row Ltd



KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme dan amalan individu atau sesuatu organisasi. Kajian tindakan juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Dalam kata lain kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru. Dalam usaha menyelidik, guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan kendiri.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?


Kajian tindakan menekankan penglibatan guru secara langsung bagi membuat perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah dan pembaikan terhadap amalan mereka dalam situasi yang berkaitan dengan pendidikan. Aktiviti-aktiviti kajian tindakan itu boleh digunakan sebagai unsur sokongan untuk guru apabila mereka menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam amalan sekolah. Selain itu,faktor-faktor lain mengapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah:




  • Dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme guru sebagai pendidik.


  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.


  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.


  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.


  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.


  • Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan Ko-kurikulum.


  • Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.


  • Merapatkan tali silaturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolektif.

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN


1. MODEL


Terdapat beberapa model yang boleh digunakan di dalam sesuatu kajian tindakan di mana terdapat 4 langkah asas iaitu:


RANCANG - TINDAKAN - PEMERHATIAN - REFLEKSI


Antara contoh-contoh model di dalam kajian tindakan ialah:


MODEL KURT LEWIN


Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui iaitu:


>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Fokus kepada isu atau perkara yang berbangkitatau ingin dilihat
>> Tindakan biasa atau situasi isu sekarang atau asal-usul perkara bacaan
>> Perancangan atau Rancangan Tindakan atau Pelan
>> Perlaksanaan rancangan atau tindakan atau eksperimen atau semasa menjalankan tindakan
>> Perhatian atau dapatan data kajian atau kiraan statistik atau huraian dapatan dalam jadual refleksi
>> Perbincangan dapatan atau isu-isu yang didapati atau hasil sumbangan hasil


MODEL STEPHEN KEMMIS


Masalah tidak diketahui iaitu kenapa ia berlaku?


>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Folus/isu/perkara yang membangkitkan/ingin melihat
>> Rancangan/Rancangan tindakan/Pelan
>> Perlaksanaan rancangan/tindakan/eksperimen/
>> Refleksi


LINGKARAN 2
>> Perancangan/rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
>> Pelaksanaan/tindakan/ekperimen/semasa menjalankan tindakan
>> Perhatian/dapatan data kajian/kiraan statistik/huraian dapatan
>> Refleksi/perbincangandapatan/isu-isu yang dibaiki


MODEL JOHN ELLIOT


Tujuannya ialah untuk membuktikan sesuatu teori atau model.
>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Kenalpasti idea/fokus/masalah kajian/teori
>> Tinjauan/cari fakta dan analisis kenyataan


MODEL EPRD


>> Abstrak
>> Refleksi P&P
>> Isu keperihatinan/ fokus kajian
>> Objektif kajian
>> Objektif am
>> Objektif khusus
>> Kumpulan sasaran
>> Pelaksanaan kajian
>> Tinjauan masalah
>> Analisis tinjauan masalah
>> Tindakan yang dijalankan
>> Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian
>> Pelaksanaan aktiviti 1 - pemerhatian refleksi
>> Pelaksanaan aktiviti 2 - pemerhatian refleksi
>> Refleksi kajian
>> Penilaian pencapaian tindakan
>> Rumusan hasil dapatan kajian
>> Refleksi proses P&P
>> Cadangan untuk kajian seterusnya.




2. SAMPEL / PARTICIPANT

Sampel kajian biasanya terdiri daripada para pelajar dan adakalanya pelajar juga bertindak sebagai penyelidik bersama jika berdasarkan kajian tindakan di sekolah.

Dalam buku "Action Research and Organizational Change" ini terdapat 7 kajian kes dijalankan. Salah satunya ialah Pembaharuan Organisasi Hospital. Jadi sampel yang terdapat dalam kesi ini ialah pegawai-pegawai, kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor, konsultan dan jururawat.

3. SETING KAJIAN

Jika kajian tindakan sekolah maka jelas tempat kajian atau seting kajiannya adalah di bilik darjah atau sekolah. Tetapi dalam kajian kes yang dipilih, seting kajiannya adalah 10 buah hospital di Great Brittain.


PROSUDER KAJIAN TINDAKAN


Prosuder kajian tindakan terdiri daripada:

Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek

iaitu:

Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 : Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalahyang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 : Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankanaktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 4 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )

Proses 5 : Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 : Memerhati ( mengumpul bukti ).
-Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
-Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.
- Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.
- Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.
- Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.
- Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekodsalahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )
- Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.· Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA


1. Instrumen kajian
Instrumen kajian ialah alat yang digunakan dalam kajian.


2. Teknik pengumpulan data.
Teknik yang boleh digunakan:
i. Pemerhatian
ii. Meninjau dan mengutip bahan-bahan dokumen
iii. Membuat rakaman pita video dan transkrip
iv.Menulis diari
v. Temubual
vi. Kaedah soal selidik dan ujian
vii.Kaedah kajian bayangan (shadowing)


3. Teknik penganalisaan data.
Teknik-teknik penganalisaan data:
i. Analisis kandungan data
ii. Mencari perkara-perkara yang tidak terduga
iii. Analisis secara pola
iv. Analisis isu dan dilema
v. Analisis secara perbincangan (kumpulan)



ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Terdapat beberapa etika dalam kajian tindakan:

1. Bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti.
2. Pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang diperolehi dari mereka.
3. Penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa.
4. Semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka.
5. Semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran pihak sekolah sebelum didedahkan kepada umum.
6. Laporan kajian akan diserahkanterlebih dahulu kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) sebelum ia diterbitkan dan diedarkan untuk orang ramai.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)



Kebolehpercayaan dan kesahan adalah dua perkara yang menentukan kualiti sesuatu kajian. Ia boleh dinilai melalui melihat data yang paling boleh dipercayai, melihat corak data yang berbeza daripada normal, membandingkan teori kajian sendiri dengan teori penyelidik lain dan mendapat maklumbalas daripada subjek.


PENILAIAN TERHADAP BUKU

Buku ini mengandungi penerangan mengenai aspek-aspek dalam membuat kajian, penerangan mengenai kajian tindakan, keperluan yang perlu ada dalam membuat kajian tindakan dan contoh-contoh kajian tindakan yang dilakukan. Walaupun buku ini tidak memberi contoh kajian tindakan di sekolah tetapi buku ini dapat juga dijadikan rujukan kerana kajian-kajian yang dilakukan boleh diaplikasikan dan diolah mengikut kesesuaian tempat, keadaan dan situasi.
MINGGU 2 (27 APRIL 2009)

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian tindakan ini terdiri daripada banyak gelungan dan asasnya adalah:

rancang--->tindakan--->pemerhatian--->refleksi

Proses ini akan dilakukan secara berulang-ulang sehingga berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Proses yang berulang-ulang ini akan membentuk banyak gelungan dan menunjukkan pelbagai pendekatan telah digunakan untuk memperbaiki sesuatu isu atau masalah.

Model Kurt Lewin

cycle 1: Plan--Action--Observe--Reflect

cycle 2: Revised plan--Action--Observe—Reflect


AKTIVITI 2

Refleksi ke atas masalah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.Cadangkan satu strategi atau kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut

REFLEKSI

Kumpulan saya iaitu dianggotai oleh saya, NAWAL dan NURUL SYUHADA telah memilih bab ayat kefahaman (Pendidikan Islam).
Apa yang kami dapati ialah:
->Guru-guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk multimedia
->Guru juga kurang pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu tajuk
->Guru juga hanya menggunakan rujukan buku teks semata-mata tanpa mempelbagaikan
bahan rujukan
->Guru juga tidap dapat mengawal loghat atau dialek negeri masing-
masing.

STRATEGI

>>Banyakkan penggunaan BBM yang berbentuk multimedia yang dapat menarik minat para
pelajar
>>Guru perlu mempunyai inisiatif tersendiri dalam menambahkan ilmu agama Islam seperti
banyak membaca buku-buku yang berkaitan dan membuat rujukan di internet
>>Guru perlu meluaskn pandangan dengan mengambil rujukan dari luar bukan hanya buku
teks semata-mata seperti rujukan melalui media cetak dan elektronik
>>Guru mesti membiasakan diri bertutur dengan menggunakan bahasa baku

AKTIVITI 1(REFLEKSI)
selepas mengikuti program BIG II,
>Refleksi ke atas masalah diri anda
>Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda dan rancang pelan tindakan untuk menambahbaik

Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil. Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data?
Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan?
Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

REFLEKSI

Selepas saya mengikuti program BIG II, saya dapati saya mempunyai masalah dari segi pengurusan masa dan juga kurang keyakinan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan serta berpandangan negatif terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Saya juga menganggap semua aktiviti yang dijalankan terlalu berat, lasak dan tidak mungkin dapat dilakukan oleh saya. Penambahbaikan dan tindakan yang saya perlu lakukan ialah:
>Disiplinkan diri untuk menepati masa dan bersedia dengan lebih awal sebelum melakukan
sebarang aktiviti
>Tidak berpandangan negatif terhadap sesuatu aktiviti dan memandang rendah kepada diri
sendiri sebelum mencubanya terlebih dahulu
>Memotivasikan diri untuk melaksanakan aktiviti dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-
sungguh

Matlamat
"Menjadi insan yang dapat mendidik orang lain menjadi insan yang versatil
dan holistik"

Objektif -

*Menguatkan ketahanan mental dan fizikal
*memupuk nilai-nilai yang murni seperti kerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya.

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah yang perlu diambil
:#sentiasa melakukan riadah bersama rakan
#muhasabah diri
#meminta rakan memantau sama ada wujudnya perubahan dalam diri atau tidak

Mengumpul data
^:Catatan diari
^:Pemerhatian kendiri
^:Soal selidik tidak berstruktur. Contohnya tanya rakan

Cara pemantauan
}pemerhatian kendiri
}pemantauan dari rakan

Penilaian:
>Formatif iaitu pemerhatian berterusan
>Sumatif

Saturday, April 25, 2009

KAJIAN TINDAKAN

MINGGU 1 (20 APRIL 2009)

Definisi

Kajian tindakan atau action research ialah kajian yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu hasil atau jawapan terhadap sesuatu perkara atau permasalahan mengikut aspek-aspek tertentu. Kajian atau penyelidikan merupakan satu proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Kajian tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca.

Antara faedah-faedah yang diperolehi dengan melaksanakan kajian tindakan ialah:

Ø Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

Ø Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

Ø Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat membuat penambahbaikan terhadap amalan sendiri.

Ø Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas membuat sebarang perancangan untuk tindakan

Proses atau langkah-langkah untuk menjalankan kajian tindakan ialah:

a) Kenalpasti masalah
b) Membuat kajian kepustakaan
c) Menentukan pendekatan kajian
d) Melaporkan kajian
e) Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
f) Mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi


JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

1) INDIVIDU-Guru sebagai pengkaji mengenai sesuatu isu atau masalah di dalam kelas

2) KOLABORATIF- Melibatkan lebih daripada dua orang, contohnya guru bekerjasama dengan guru yang lain dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek dan kerjasama guru dengan pihak luar. Mereka mengkaji mengenai satu isu atau masalah dalam bilik darjah yang sama atau berbeza.

3) SEKOLAH-Guru bekerjasama dalam satu organisasi dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat sekolah.

4) DAERAH- Guru bekerjasama dalam satu organisasi yang melibatkan beberapa sekolah dalam menyelesaikan satu isu yang sama diperingkat daerah.

Contoh kajian tindakan:

Guru ingin mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam bahagian akhlak. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan memberikan soalan yang berkaitan dengan akhlak untuk dibincangkan oleh pelajar dalam kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat akan diberikan soalan yang lebih mudah supaya mudah untuk mereka faham. Kemudian guru membuat refleksi sama ada langkah tersebut berkesan atau tidak. Jika tidak berkesan, guru perlu mengulangi proses-proses tersebut dengan membuat penambahbaikan dan menggunakan pendekatan yang lebih mudah difahami.