- Sorotan ke atas bahan-bahan literatur:
>> buku
>> jurnal
>> artikel seminar
>> laporan
- Dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting yang dikemukakan.
- Memerlukan kemahiran:
1. Membanding dan Membezakan
- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
- kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemahiran dan membuat pilihan atau keputusan.
- langkah penggunaan:
- perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau lebih beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosuder, pengumpulan dan penganalisisan data)
- kenal pasti ciri kajian tindakan itu.
2. Menganalisis
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahgaian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Merupakan suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
3. Menilai
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.
4. Membuat Kesimpulan
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.
5. Mensintesis
- Menggabungkan idea-idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar