Saturday, May 9, 2009

ULASAN BUKU







Tajuk buku:Action research and Organizational Change



Nama pengarang: Peter A.Clark.



Tahun terbitan: 1972



Negeri penerbit : London.



Penerbit:Harper & Row Ltd



KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme dan amalan individu atau sesuatu organisasi. Kajian tindakan juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Dalam kata lain kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru. Dalam usaha menyelidik, guru melakukan inovasi dan perubahan secara refleksi dan kendiri.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?


Kajian tindakan menekankan penglibatan guru secara langsung bagi membuat perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah dan pembaikan terhadap amalan mereka dalam situasi yang berkaitan dengan pendidikan. Aktiviti-aktiviti kajian tindakan itu boleh digunakan sebagai unsur sokongan untuk guru apabila mereka menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam amalan sekolah. Selain itu,faktor-faktor lain mengapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah:




  • Dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme guru sebagai pendidik.


  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.


  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.


  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.


  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.


  • Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan Ko-kurikulum.


  • Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.


  • Merapatkan tali silaturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolektif.

REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN


1. MODEL


Terdapat beberapa model yang boleh digunakan di dalam sesuatu kajian tindakan di mana terdapat 4 langkah asas iaitu:


RANCANG - TINDAKAN - PEMERHATIAN - REFLEKSI


Antara contoh-contoh model di dalam kajian tindakan ialah:


MODEL KURT LEWIN


Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui iaitu:


>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Fokus kepada isu atau perkara yang berbangkitatau ingin dilihat
>> Tindakan biasa atau situasi isu sekarang atau asal-usul perkara bacaan
>> Perancangan atau Rancangan Tindakan atau Pelan
>> Perlaksanaan rancangan atau tindakan atau eksperimen atau semasa menjalankan tindakan
>> Perhatian atau dapatan data kajian atau kiraan statistik atau huraian dapatan dalam jadual refleksi
>> Perbincangan dapatan atau isu-isu yang didapati atau hasil sumbangan hasil


MODEL STEPHEN KEMMIS


Masalah tidak diketahui iaitu kenapa ia berlaku?


>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Folus/isu/perkara yang membangkitkan/ingin melihat
>> Rancangan/Rancangan tindakan/Pelan
>> Perlaksanaan rancangan/tindakan/eksperimen/
>> Refleksi


LINGKARAN 2
>> Perancangan/rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
>> Pelaksanaan/tindakan/ekperimen/semasa menjalankan tindakan
>> Perhatian/dapatan data kajian/kiraan statistik/huraian dapatan
>> Refleksi/perbincangandapatan/isu-isu yang dibaiki


MODEL JOHN ELLIOT


Tujuannya ialah untuk membuktikan sesuatu teori atau model.
>> Tajuk kajian
>> Latar belakang kajian
>> Kenalpasti idea/fokus/masalah kajian/teori
>> Tinjauan/cari fakta dan analisis kenyataan


MODEL EPRD


>> Abstrak
>> Refleksi P&P
>> Isu keperihatinan/ fokus kajian
>> Objektif kajian
>> Objektif am
>> Objektif khusus
>> Kumpulan sasaran
>> Pelaksanaan kajian
>> Tinjauan masalah
>> Analisis tinjauan masalah
>> Tindakan yang dijalankan
>> Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian
>> Pelaksanaan aktiviti 1 - pemerhatian refleksi
>> Pelaksanaan aktiviti 2 - pemerhatian refleksi
>> Refleksi kajian
>> Penilaian pencapaian tindakan
>> Rumusan hasil dapatan kajian
>> Refleksi proses P&P
>> Cadangan untuk kajian seterusnya.




2. SAMPEL / PARTICIPANT

Sampel kajian biasanya terdiri daripada para pelajar dan adakalanya pelajar juga bertindak sebagai penyelidik bersama jika berdasarkan kajian tindakan di sekolah.

Dalam buku "Action Research and Organizational Change" ini terdapat 7 kajian kes dijalankan. Salah satunya ialah Pembaharuan Organisasi Hospital. Jadi sampel yang terdapat dalam kesi ini ialah pegawai-pegawai, kakitangan hospital yang terdiri daripada doktor, konsultan dan jururawat.

3. SETING KAJIAN

Jika kajian tindakan sekolah maka jelas tempat kajian atau seting kajiannya adalah di bilik darjah atau sekolah. Tetapi dalam kajian kes yang dipilih, seting kajiannya adalah 10 buah hospital di Great Brittain.


PROSUDER KAJIAN TINDAKAN


Prosuder kajian tindakan terdiri daripada:

Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek

iaitu:

Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.

Proses 2 : Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalahyang dikenalpasti. Setiap satu masalah yang dikenalpasti mungkin memerlukan satu atau lebih aktiviti.

Proses 3 : Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankanaktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 4 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru )

Proses 5 : Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 6 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 7 : Memerhati ( mengumpul bukti ).
-Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
-Pemerhatian boleh dilakukan secara guru memerhati pelajar semasa P & P atau rakan sejawat memerhati guru mengajar.
- Temubual merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat melibatkan perbualan/hubungan dua hala berpandukan soalan sedia ada atau bebas.
- Soalselidik responden merupakan maklumat yang dikemukakan dalam bentuk soalan yang mengkehendaki maklumat secara tepat.
- Ujian/latihan merupakan satu kaedah bagi menguji kefahaman pelajar.
- Dokumen adalah sumber paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh, sukatan pelajaran, buku kedatangan, rekodsalahlaku, keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Proses 8 Mereflek ( analisa dan refleksi )
- Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi juga berlaku sebelum semasa dan selepas kajian.· Data/maklumat dikumpul, diproses, ditaksir dan digunapakai.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA


1. Instrumen kajian
Instrumen kajian ialah alat yang digunakan dalam kajian.


2. Teknik pengumpulan data.
Teknik yang boleh digunakan:
i. Pemerhatian
ii. Meninjau dan mengutip bahan-bahan dokumen
iii. Membuat rakaman pita video dan transkrip
iv.Menulis diari
v. Temubual
vi. Kaedah soal selidik dan ujian
vii.Kaedah kajian bayangan (shadowing)


3. Teknik penganalisaan data.
Teknik-teknik penganalisaan data:
i. Analisis kandungan data
ii. Mencari perkara-perkara yang tidak terduga
iii. Analisis secara pola
iv. Analisis isu dan dilema
v. Analisis secara perbincangan (kumpulan)



ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Terdapat beberapa etika dalam kajian tindakan:

1. Bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti.
2. Pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang diperolehi dari mereka.
3. Penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli jawatankuasa.
4. Semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka.
5. Semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran pihak sekolah sebelum didedahkan kepada umum.
6. Laporan kajian akan diserahkanterlebih dahulu kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) sebelum ia diterbitkan dan diedarkan untuk orang ramai.


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)



Kebolehpercayaan dan kesahan adalah dua perkara yang menentukan kualiti sesuatu kajian. Ia boleh dinilai melalui melihat data yang paling boleh dipercayai, melihat corak data yang berbeza daripada normal, membandingkan teori kajian sendiri dengan teori penyelidik lain dan mendapat maklumbalas daripada subjek.


PENILAIAN TERHADAP BUKU

Buku ini mengandungi penerangan mengenai aspek-aspek dalam membuat kajian, penerangan mengenai kajian tindakan, keperluan yang perlu ada dalam membuat kajian tindakan dan contoh-contoh kajian tindakan yang dilakukan. Walaupun buku ini tidak memberi contoh kajian tindakan di sekolah tetapi buku ini dapat juga dijadikan rujukan kerana kajian-kajian yang dilakukan boleh diaplikasikan dan diolah mengikut kesesuaian tempat, keadaan dan situasi.

No comments:

Post a Comment